gambar ahli kumpulan

Katakan Tak Nak!!

Remaja Cemerlang

Author: Gropboss // Category:




18A,19A,20A,21A..betapa bangganya kita apabila melihat keputusan peperiksaan yang begitu mengagumkan.Di negara kita,terdapat beberapa orang remaja cemerlang yang berjaya dalam akademik.Pernahkah kita terfikir,bagaimanakah mereka mampu mencapainya? Apakah yang mereka lakukan?

Terdapat pelbagai tips ataupun petua yang diwujudkan bagi menyuntik semangat remaja mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.Semua yang dikemukakan berkaitan personaliti diri,disiplin diri,usaha,tumpuan dan doa.

1) Remaja cemerlang ialah remaja yang bermoral



-nilai murni yang diamalkan sedikit sebanyak mendisiplinkan diri mereka dalam menimba ilmu.Oleh itu,senang untuk remaja tersebut menerima dan mengaplikasikan ilmu yang diterima.

2) Remaja cemerlang ialah remaja yang beriman



-tumpuan dan usaha tidak akan menjamin kejayaan seseorang melainkan berkat daripada tuhan yang maha esa.Remaja yang beriman sentiasa berada dalam keadaan yang tenang serta bijak menangani masalah.Selain itu,mereka juga senang untuk mengingati ilmu yang diterima.

Kesimpulannya,remaja cemerlang ialah remaja yang mengenali dirinya sendiri,kelemahan serta kekurangannya dalam segala hal dan mampu untuk menanganinya.

Riadah Moden Remaja

Author: Gropboss // Category:

Breakdance,shuffle,jamming,merupakan antara aktiviti yang gemar dilakukan oleh golongan remaja masa kini.

Terdapat segelintir masyarakat yang memandang jijik kepada aktiviti ini namun,aktiviti seperti ini tidak mendatangkan kesan buruk terhadap remaja melainkan ia disalahgunakan.





Breakdance dan shuffle merupakan suatu jenis tarian seni yang dilakukan dengan gaya dan kemahiran tertentu.Tarian ini juga merupakan satu aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti melakukan senaman.Dalam pada itu,kelebihan pada penari ini ialah mereka berfikiran kreatif hingga mampu mencipta gerak tari yang hebat.Ia sedikit sebanyak membantu perkembangan minda remaja.




Jamming merupakan aktiviti dimana sekumpulan pemuzik atau lebih dikenali sebagai BAND bermain alat muzik di dalam sesuatu tempat mahupun studio.Aktiviti ini membolehkan remaja mengasah bakat dalam bidang muzik.Contohnya,mereka belajar bermain guitar,drum mahupun menyanyi.Selain itu,pertandingan kugiran sering diadakan dan peluang sebegitu digunakan untuk menonjolkan bakat yang mereka ada.

Ternyata,aktiviti-aktiviti seperti ini sememangnya membantu perkembangan pemikiran minda remaja.Namun,jika disalahgunakan,ia juga boleh merosakkan akhlak mereka.Oleh itu,sentiasalah beringat supaya melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan cara yang betul supaya mendapat hasil yang baik.

Remaja Merdeka : Bebas Dari Masalah Sosial

Author: Gropboss // Category:
Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah, mengugut, menubuhkan kumpulan haram. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Ini adalah ciri-ciri remaja yang tidak merdeka. Siapakah yang bersalah?

Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21 tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di masa yang akan datang.

Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana sahaja di dunia ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di Malaysia sendiri.

MASALAH SOSIAL REMAJA









Buli,pelajar hamil,seks rambang,merokok,lumba haram merupakan isu remaja yang sudah menjadi buah mulut masyarakat kita.Yang menghairankan,mengapa masalah ini masih belum dapat dibendung sedangkan kerajaan telah menjalankan pelbagai program kesedaran untuk remaja.

APAKAH PUNCA MASALAH SOSIAL INI?

Beberapa faktor menjadi punca masalah ini.Antaranya ialah keruntuhan keluarga,pengaruh rakan sebaya,media massa,pengaruh budaya barat serta pengisian masa lapang yang salah.

KESIMPULAN

Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbangkan sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati ”. Maka, adalah wajar bagi semua pihak untuk sentiasa menangani dan prihatin dengan permasalahan sosial remaja.

Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa haruslah lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka Marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa rakyat yang tercinta. Begitu juga dengan remaja, mereka seharusnya sentiasa peka dan terus berusaha untuk menjadi remaja yang merdeka. “Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok”.







Remaja & Kemerdekaan

Author: Gropboss // Category:

31 Ogos 2009,genap 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.Apabila menyentuh mengenai kemerdekaan,bagi remaja,apakah yang mereka maksudkan dengan merdeka?

Soalan : Apakah maksud Merdeka bagi anda?

SAFWAN BIN BADRUN MOSAINI (17 TAHUN)

Jawapan : "Saya berpendapat,merdeka maksudnya bebas.Tidak kira bebas dari jajahan malah merdeka bermaksud kebebasan hak untuk menerajui pembangunan negara kita sendiri."







MOHD NOOR AZLAN BIN ADANAN (18 TAHUN)

Jawapan : "Merdeka itu bebas daripada penjajahan luar.Kemerdekaan Malaysia bermaksud kita telah lepas daripada cengkaman pihak penjajah yang merampas segala urusan negara kita."






SITI NORFAIZAH BINTI BORHANI (16 TAHUN)

Jawapan : "Saya menganggap merdeka itu bukan sekadar bebas dari penjajah malah kita juga bebas dalam perkara yang lain.Contohnya,kebebasan kita bergaul dalam satu rumpun yang berlainan warna kulit,kaum dan agama."






FIFINENI BINTI SABINI (17 TAHUN)

Jawapan : "Kemerdekaan yang dikecapi bukan sekadar bebas dari segi fizikal malah merangkumi spiritual dan mental.Erti kemerdekaan dinikmati dengan bebas dari kuasa asing dan bangkit semula membentuk bangsa bermaruah."






AZWIN ALINA BINTI MOHD AZMAN HII (17 TAHUN)

Jawapan : "Saya yakin bahawa merdeka itu bermaksud kebebasan jiwa kita daripada terus dibelenggu kuasa asing.Kita bebas bergerak,berjalan,berlari di negara kita tanpa sebarang halangan mahupun sekatan."




Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan untuk kedamaian kemudian untuk mempertahankannya adalah sifat-sifat yang perlu disanjung tinggi oleh golongan remaja.Oleh itu,dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan negara kita,generasi yang hidup pada zaman ini khususnya golongan remaja,janganlah melupakan pengorbanan para pejuang tanah air yang telah membuka jalan untuk kita.

Dalam usaha untuk mengekalkan kemerdekaan,remaja perlulah lebih berusaha dan produktif apabila melakukan sesuatu perkara.Golongan remaja harus lebih tabah dalam menghadapi cabaran demi mempertahankan hak mereka.Kita juga harus berdikari dan tidak hanya bergantung kepada kuasa-kuasa asing supaya menjamin kedaulatan negara.




Remaja Bermoral Merdeka

Author: Gropboss // Category:

Assalamualaikum pembuka bicara.Kami merupakan empat orang pelajar daripada Tingkatan 4 Efisien,Sekolah Menengah Kebangsaan Meru,Klang,Selangor.Kumpulan kami telah diamanahkan untuk membuat satu laman web yang membicarakan soal REMAJA.Kumpulan kami dinamakan GROPBOSS dan program yang kami jalankan ini bertemakan "Remaja Bermoral Merdeka".

Objektif kami membuat laman web ini ialah bagi melahirkan golongan remaja yang bermaklumat,berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda serta berusaha menanam sikap-sikap positif di kalangan remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS,Dadah dan jenayah.

Selain itu,kita dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja tentang bahaya jangkitan HIV dan cara mencegah serta kawalannya.Menanamkan sikap positif dikalangan remaja bagi menghindari tingkahlaku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan HIV serta prihatin akan gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

Oleh itu,disini kami akan mempamerkan pelbagai isu mengenai remaja untuk dijadikan panduan dan pengajaran remaja diluar sana.Kami berharap program yang kami jalankan ini akan memberi kesan positif serta membantu dalam menyelesaikan masalah yang melanda golongan remaja zaman moden ini.